BENARLAH ungkapan jodoh itu rahsia Tuhan. Dalam setiap perjalanan hidup seseorang termasuk soal jodoh, satu perkara yang pasti adalah kita tidak akan pernah tahu apa yang telah diaturkan oleh Tuhan. Begitu juga dengan luahan yang dikongsikan oleh seorang wanita ini mengenai kisah rumah tangganya di laman X. Wanita berusia 30 tahun itu memberitahu, perkahwinannya berakhir dengan perpisahan kerana suaminya didapati curang. Kini bergelar janda, situasinya semakin rumit apabila abang kepada bekas suami pula mahu memperisterikannya. Memegang status sebagai ibu tunggal bukanlah mudah memandangkan kebanyakan perkara terpaksa dilakukan seorang diri. -Gambar hiasan "Sekarang ni abang ipar berusia 36 tahun yang single, WhatsApp beritahu nak masuk meminang. Jammed kepala," tulisnya dalam hantaran tersebut. Menurut ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu, dia tidak hanya terkejut dengan lamaran secara tiba-tiba itu, malah dia tergamam mendengar pengakuan jujur lelaki berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: 3 keluarga huni satu flat... Wanita stres ragam mentua, ipar! Kena bertudung 24 jam, terpaksa tahan lapar sampai gastrik ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak jumpa 2 isteri di Kelantan, lelaki kahwin 3 tagih ihsan belikan tiket kapal terbang - “Saya terlalu rindukan bini-bini lain” "Rupanya masa datang merisik untuk adik (bekas suami), dia jatuh hati dengan saya. Selepas kami berkahwin, dia bawa diri sambung belajar dan kerja di United Kingdom (UK)," ujarnya. Pendedahan wanita itu ternyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, lebih-lebih lagi dia membayangkan untuk mempertimbangkan lamaran abang iparnya. Ibarat kisahnya seperti drama televisyen, segelintir netizen menyarankannya supaya berfikir dengan mendalam kerana bimbang jika keputusannya menerima lamaran berkenaan akan memburukkan lagi keadaan. Dah kahwin pergilah UK membesarkan anak di sana. Kalau dekat sini nanti banyak drama. NETIZEN "Masalah timbul bila terserempak bekas suami di rumah mentua. Saya rasa bahaya. Kalau nak kahwin juga, duduk jauh-jauh jangan selalu jumpa. "Usah cari masalah. Cari yang lain. Boleh bergaduh besar nanti. Melainkan bekas suami betul-betul profesional. Bagi aku sangat susahlah. Belum lagi nanti mengungkit. "Banyak drama nanti kau nak kena hadap. Kalau kau jenis malas sakit kepala, tak payah cari pasal," komen netizen. Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. Namun segelintirnya menyifatkan wanita itu berhak menentukan hidupnya dan menerima lamaran abang iparnya jika itu adalah jodoh yang lebih baik. "Okay je, apa salahnya. Mana tahu itu rahsia Tuhan untuk kau kan. "Dah kahwin pergilah UK membesarkan anak di sana. Kalau dekat sini nanti banyak drama. "Bagi aku tak ada masalah pun. Ex pun kenalah berlapang dada. Dah dia pun suka perempuan lain dah," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube