suria

Isteri gigih bangun awal siapkan bekal setiap hari... Hancur hati tengok suami lepak rumah mentua, rupanya tak kerja

Ramai golongan isteri sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan makanan buat keluarga. -Gambar hiasan

BUKAN mudah menggalas tanggungjawab sebagai suri rumah.

Boleh dikatakan setiap urusan rumah tangga, daripada menyediakan makanan, menguruskan kebersihan rumah hinggalah memastikan anak-anak mendapat perhatian dan didikan yang sewajarnya, terletak di bahu mereka.

Maka tidak hairanlah ramai dalam kalangan suri rumah mengalami 'burn out' atau keletihan yang melampau lebih-lebih lagi jika suami bersikap lepas tangan.

Begitu juga yang diluahkan seorang wanita ini mengenai sikap suaminya.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, wanita itu mendedahkan dia bukan sahaja dibiarkan bersendirian menguruskan rumah tangga, malah diperbodohkan si suami yang kononnya keluar mencari rezeki setiap hari.

suami 2

Membawa bekal ke tempat kerja sememangnya dapat menjimatkan perbelanjaan. -Gambar hiasan

"Suami kerap menipu pergi kerja tapi sebenarnya pegi rumah mak mentua atau rumah kawan. Pagi-pagi dia akan siap-siap pergi kerja macam biasa.

"Tapi sebenarnya tak pergi pun dan pura-pura pulang ke rumah selepas waktu kerja. Saya tahu pun sebab saya check guna aplikasi Find My.

"Tapi sekarang suami dah tutup (aplikasi), jadi saya tak boleh tahu dah ke mana dia pegi," luahnya menerusi satu laman grup di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat bela ‘biawak hidup’, suami goyang kaki habiskan duit niaga nasi lemak... Nak beli rokok pun minta isteri!

ARTIKEL BERKAITAN: Lama rehat sebab kemalangan, suami selesa tak kerja walau dah pulih! Sedap makan seorang duit sumbangan, tak peduli anak bini

Sikap ibu mentuanya yang seolah-olah bersubahat dengan tidak memberitahunya mengenai perkara sebenar hanya menambah kekecewaan dalam dirinya.

"Saya penat sangat rasa ditipu. Bangun pagi-pagi untuk siapkan bekal dia, persiapkan dia pergi kerja.

"Ibu mentua pun tak pernah cakap dengan saya yang suami duduk rumah dia kalau tak pergi kerja. Kita seorang diri uruskan hal anak dekat rumah hal rumah. Saya rasa dia selfish sangat," luah ibu kepada seorang cahaya mata berusia dua tahun.

Kalau tak luah, suami tak tahu punca kesalahan dan apa perasaan isteri. Mana tahu lepas meluah dia boleh perbaiki.

NETIZEN

Merasakan dirinya diperbodohkan, wanita itu mula menunjukkan protes dengan bersikap dingin terhadap suaminya,

"Jenis saya pula tak reti nak terus terang, jadi tiap kali dia buat macam tu saya cuma dingin dengan dia dan akan berbaik dalam urusan anak.

"Tak tahu nak buat macam mana melainkan pendam sendiri," ujarnya lagi.

komen surirumah

Antara komen netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan wanita berkenaan bersemuka dan berterus-terang dengan suaminya demi menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

"Satu je penyelesaian, sis kena berterus-terang, bincang. Kalau betul suami memang tak bekerja, sumber pendapatan keluarga macam mana?

"Masalah komunikasi. Kalau tak luah, suami tak tahu punca kesalahan dan apa perasaan isteri. Mana tahu lepas meluah dia boleh perbaiki.

"Simpan lama-lama jadi barah dan parah. Perkahwinan ni kena saling bantu each other, bukan berat sebelah, lepas tangan dan pentingkan diri," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain