suria

Kerap tolak ajakan suami, tak sanggup hadap mulut busuk! Isteri dedah tabiat malas gosok gigi, hanya fikir nak cerai

Hubungan suami isteri boleh menjadi dingin disebabkan tabiat buruk pasangan. -Gambar hiasan

ISU remeh dalam perkahwinan mungkin dipandang ringan oleh sesetengah pasangan suami isteri, namun ia boleh membawa kesan yang besar jika tidak ditangani dengan baik.

Sebagai contoh, tabiat pasangan yang kurang menjaga kebersihan juga boleh menjadi punca perselisihan faham sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi kisah rumah tangganya yang semakin dingin gara-gara tabiat buruk suaminya yang malas menggosok gigi.

"Dulu dia rajin je gosok. Masuk tahun keempat perkahwinan ni dia mula tunjuk perangai dia sikit-sikit. Sekarang dah lima tahun berkahwin. Dalam dua minggu, saya rasa ada lah empat kali saya nampak dia berus gigi.

kotor 2

Komunikasi adalah kunci kebahagiaan sesebuah perkahwinan. -Gambar hiasan

"Ramai respons kata suami saya ambil dadahlah, ada masalah mental lah. Setakat ni apa yang saya perhati, dia tak ada ambil benda terlarang and mental dia masih okay.

"Masalah dekat sini ialah, saya dah kerap sangat nasihat. Dah makan tahun. Tapi tak jalan juga nasihat saya," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu cuba nak ‘bersama’ suami tapi sikap pengotor potong ‘mood’! Hilang selera bau air liur basi, tidur berdengkur kuat

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya geli, faham tak?” - Wanita menyesal kahwin! Suaminya pengotor... kencing ‘bersepah’, kahak dalam sinki

Bercerita lanjut, wanita yang tidak mahu dikenali itu mengakui tabiat buruk suaminya yang enggan menjaga kebersihan membuatkan hubungan intim mereka semakin dingin.

"Bila dia ajak saya 'bersama' pun, saya rasa tak lalu dekat suami sendiri sebab busuk.

"Dalam setahun boleh kira berapa kali je saya terima ajakan untuk 'bersama'. Saya rasa jijik. Bila saya nasihat, sama juga dia tunjuk kemalasan dia," ujarnya.

Pengotor. Kalau dah banyak kali slow talk, tak nak berubah, ugut je nk cerai. Mungkin itu jalannya.

NETIZEN

Disebabkan 'penat' menghadap sikap suaminya yang ibarat mencurah air ke daun keladi, terlintas dalam fikiran wanita itu untuk menuntut cerai.

"Sampai saya terfikir untuk pergi ke pejabat agama tuntut cerai. Boleh ke tuntut cerai kalau suami tak gosok gigi dan kita tak 'lalu' dah nak bersama?

"Serabut saya fikir. Saya dah tawar hati betul lah bab ni," luahnya lagi.

komen suami

Respon warga maya terhadap perkongsian berkenaan.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan berkongsi nasihat berhubung isu yang dihadapinya.

"Banyak je sis yang bercerai bab macam ni. Kita rasa remeh tapi sebenarnya yang hadap je tahu macam mana. Memang gelilah tak gosok gigi.

"Pengotor. Kalau dah banyak kali slow talk, tak nak berubah, ugut je nk cerai. Mungkin itu jalannya.

"Awak tolong dia gosok gigi. Mungkin dia tak pandai... macam budak juga, kena ajar sampai pandai yang kebersihan gigi memang wajib digosok setiap hari," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain