ADAB ketika berkunjung ke rumah orang perlu dititikberatkan walaupun melibatkan adik-beradik sendiri. Jangan pula mengambil kesempatan di atas kebaikan tuan rumah melayani tetamu tanpa rasa jemu. Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa terkilan dengan tetamu di rumahnya yang dikatakan bertindak melampaui batas. Buah strawberi digemari ramai kerana rasa manisnya yang berjus. -Gambar hiasan Menurut wanita berkenaan, tetamu yang dimaksudkan ialah kakak iparnya sendiri, justeru dia mempunyai rasa hormat yang tinggi namun tidak menyangka layanan baiknya memakan diri. "Hari ini saya sangat sedih, rasa macam nak menangis. Saya ni seorang wanita mengandung, beberapa hari lepas baru turun dari Cameron Highlands. Sekembali je di rumah, sudah ada tetamu yang datang menumpang selama tiga hari. "Saya okey je sebenarnya, nak tolak pun tak boleh sebab ini kakak ipar saya. Kalau dia datang ke bandar untuk bercuti memang selalu menumpang rumah. Sebelum ini sudah ada beberapa insiden yang membuatkan saya panas hati. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram rakan serumah asyik ‘rembat’ makanan, terpaksa ketuk bilik cari suspek... Bukan seketul, dua ambil tapi sebekas! ARTIKEL BERKAITAN: Ubat gigi punca lelaki hilang sabar di tandas! Dah lama bengang housemate suka curi makanan, guna barang tanpa izin "Tapi apa yang baru terjadi ni paling saya geram. Kisahnya saya ada beli strawberi dari Cameron Highlands. Disebabkan nak meraikan tetamu, saya pun bagi la sebekas besar strawberi untuk anak-anak kakak ipar saya makan. "Pada waktu sama, saya ada simpan satu lagi bekas strawberi di dalam peti sejuk untuk saya sekeluarga makan. Cumanya, apabila saya periksa sebentar tadi, strawberi itu sudah hilang. Ke mana perginya?," soal wanita itu sangsi. Tambah wanita berkenaan, dia mengesyaki strawberi tersebut sudah dimakan oleh keluarga kakak iparnya. Memang tiada common sense langsung sekiranya kakak ipar awak biarkan anak dia selongkar peti sejuk rumah orang. WARGA MAYA "Saya tahu anak saya tak makan, sebab dia masih kecil, tak pandai buka sendiri peti sejuk. Apabila saya tanya suami, dia pun cakap tak tahu. Jadi saya yakin bahawa anak-anak kakak ipar saya makan strawberi tu. "Apabila saya tanya mak mereka, dia hanya bagi jawapan semberono... dah habis la kot. Sedihnya, kita tak sempat makan pun. Saya tak kisah sangat kalau mereka nak makan ekstra strawberi tu, cuma tinggal la sikit untuk kami. "Saya susah nak tegur sebab mereka bukan keluarga saya, takut kalau tersalah cakap, terus bermasam muka. Jadi saya pendam je la," ujarnya kecewa. Pelayar bertukar pandangan. Melewati ke ruangan komen, warga maya menasihati ibu bapa untuk mendidik anak-anak sejak kecil supaya cakna menjaga tingkah laku ketika di rumah orang. "Memang tiada common sense langsung sekiranya kakak ipar tu biarkan anak dia selongkar peti sejuk dekat rumah awak. Kalau anak aku sendiri, aku suruh duduk diam-diam je apabila singgah rumah sesiapa. "Semoga murah rezeki awak sebab bagi tetamu makan sedap, Insya-Allah nanti dipermudahkan urusan awak untuk bersalin. "Satu lagi benda yang saya ralat dalam kes ini, kenapa kakak ipar awak tu suka sangat menumpang rumah? Nak jimat duit punya pasal ke, tak nak keluar duit pergi hotel atau homestay, dasar kedekut," demikian kata pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube