LUMRAH kanak-kanak untuk aktif meneroka persekitarannya dan bermain dengan perkara yang boleh dipegang. Bagaimanapun ibu bapa perlulah memantau rapat gerak-geri anak kecil ini kerana dibimbangi berlaku perkara tidak diingini. Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita berkongsi detik cemas apabila dia mendapati anak perempuannya melakukan perkara yang membahayakan diri. Bukan senang untuk menjaga anak yang kerap meragam. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, ketika kejadian dia menjenguk bilik tidur anaknya yang berusia 8 tahun untuk memeriksa jika si cilik sudah melelapkan mata memandangkan malam kian larut. "Sebelum masuk tidur tadi, hati macam tergerak nak pergi tengok bilik tidur anak perempuan. Dia ni memang sejenis susah tidur, lepas tu suka main bersendirian sampai dia mengantuk, kemudian baru dia lena. "Apabila saya buka je pintu, berderau darah ni apabila nampak anak tengah bermain dengan pita pengukur baju. Dia ikat pada keliling leher dia macam nak menjerut. Saya terus marah dekat dia, suruh dia buka cepat. ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil dah pandai tampar kawan, bapa sedar anak tiru tindakannya! Menyesal guna 'hukuman' cubit, pukul di rumah ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ditengking dalam kedai aiskrim, dipanggil bodoh tak tahu topping Biscoff... Netizen panas hati, rasa nak tampar anak biadab! "Tapi masalahnya dia sudah ikat mati pita pengukur tu. Jadi saya bergegas untuk tolong tanggalkan pita pengukur tu. Serentak itu juga, tangan saya menampar muka anak perempuan saya dengan kuat sambil saya membebel, nak mati ke? "Kalau dia ikat ketat lagi pita pengukur tu, boleh jadi arwah anak saya tu. Saya terus rampas pita pengukur tu dan letakkan di tempat tinggi yang dia tak boleh capai," imbas wanita tersebut hampir gugur jantungnya. Tambah wanita itu, anaknya kemudian menangis teresak-esak kerana ditengking, namun menganggap ia adalah perkara yang bertepatan untuk dilakukan. Nanti cerita kenapa awak marah, jangan biar dia tertanya-tanya... takut boleh jadi trauma. WARGA MAYA "Pada malam sama, saya masuk ke bilik anak untuk kali kedua, saya nampak dia sedang menangis sambil berselubung selimut. Saya biarkan dia, saya tutup kembali pintu dengan perlahan. "Saya harap dia faham kenapa ibunya marah sangat, seram tengok dia bermain dengan benda bahaya seperti itu. Saya bermonolog dalam hati, tak mengapa anak menangis sekejap, jangan nanti saya yang menangis tak berkesudahan. "Masih segar dalam ingatan saya mengenai kes kematian budak akibat tersepit meja lipat sebelum ini," ujarnya. Pelayar bertukar pandangan. Melewati ke ruangan komen, warga maya menasihati wanita itu supaya meluangkan masa untuk menjelaskan perkara sebenar kepada anaknya. "Nanti cerita la dekat anak kenapa awak marah, jangan biar dia tertanya-tanya, takut boleh jadi trauma. Beritahu dia tentang cara kita bernafas dan bahaya kalau tercekik. "Budak kecil ni kita kena terangkan, jangan hanya cakap tak boleh atau no, sifat ingin tahu mereka tinggi. "Saya faham awak buat tu sebab tengah panik, tapi nanti minta maaf dan peluk dia semula, budak-budak ni akan ingat apa yang kita buat sampai mereka dewasa," ujar pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube