suria

Sakit hati rakyat kutuk negara sendiri, perlekeh Malaysia bila ‘migrate’ ke luar negara... Ramai anggap tak sedar diri!

Adalah satu tindakan tidak wajar bagi seorang rakyat untuk mengutuk negara sendiri. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan, ramai rakyat Malaysia memilih untuk mencari rezeki atau menetap di negara lain atas pelbagai sebab seperti peluang kerjaya, pendidikan atau kualiti hidup berbeza.

Tetapi sering juga kita dengar sesetengah individu yang berhasrat untuk berhijrah ke luar negara memberi komen negatif tentang Malaysia.

Komen sebegitu itu mungkin kedengaran pedas bagi rakyat negara ini termasuklah pelayar ini yang membuat luahan di laman sosial.

"Saya bosan la dengar orang nak migrate (berhijrah atau berpindah), cakap Malaysia ini tak bagus," ujarnya.

Setiap orang perlu semai semangat patriotisme dalam diri. -Gambar hiasan

Menurut individu tersebut, tidak salah sekiranya seseorang mahu berpindah ke luar negara untuk mencari kehidupan lebih baik.

Namun dia berpandangan, menghina atau memperlekehkan Malaysia dalam proses itu bukanlah tindakan yang wajar.

Bagi individu tersebut, menyebarkan pandangan negatif dan membanding-bandingkan Malaysia dengan negara lain hanya mencerminkan sikap tidak bersyukur sebagai rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancak kutuk Malaysia demi berkawan dengan mat salih, lelaki terus putus dengan sahabat baik

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih anggap Menara Merdeka 118 ‘menipu’ jadi pencakar langit ke-2 tertinggi dunia, tetap ‘sombong’ walau dah tahu kebenaran!

"Kalau nak migrate pergi je la tapi tak payah nak kutuk negara sendiri cakap macam-macam.

"Setiap negara tu ada kelebihan sendiri. Maksud saya, tak kisah dia tak nak duduk Malaysia ke apa tapi macam nak kutuk-kutuk tu tak perlu kot," katanya.

Hantaran dikongsikan wanita ini turut mendapat pelbagai reaksi warga maya yang bersetuju dengan luahan tersebut.

Dia tak duduk lagi negara lain begitulah. Tak sedar diri.

NETIZEN

Rata-ratanya turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap sesetengah rakyat yang memperlekehkan negara sendiri.

"Betul, awak nak pindah, pergi la. Tak perlu kutuk negara sendiri. Kalau awak ada duit lebih untuk jalan-jalan luar negara, pergi negara yang sedang membangun atau kurang maju dari Malaysia.

"Barulah kita sedar nikmat duduk sini. Kalau pergi negara maju, doakan la satu hari nanti Malysia akan maju macam tu. Bukan bandingkan dan mengutuk," komen netizen.

Komen netizen di Threads.

Dalam pada itu, terdapat seorang warga maya berkongsi pengalamannya yang kurang menggembirakan menetap di luar negara selama tiga tahun.

"Dia tak duduk lagi negara lain begitu la. Tak sedar diri. Saya duduk hampir tiga tahun di United Kingdom dulu pun dok kira hari nak balik Malaysia.

"Mana ada negara macam Malaysia. Walaupun kekurangan banyak tapi di sinilah tempat kita dilahirkan dan dibesarkan. Tak sama dengan tempat lain. Best sekejap je duduk luar negara.

"Saya sudah merasa winter (musim sejuk), merana la lepas tu," ujarnya menceritakan pengalaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain