SHAH ALAM: Seramai 1,000 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di kawasan sekitar kuil Sri Subramaniyar di Batu Caves selama empat hari mulai Khamis ini bagi mengawal keadaan dan lalulintas sempena sambutan perayaan Thaipusam.Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Thaiveegan Arumugam berkata, pasukan polis akan ditempatkan 24 jam untuk memastikan perayaan Thaipusam berlangsung dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-6 Kelab Harmoni Selangor di Kelab Warga Emas di sini hari ini, beliau mengingatkan penganut agama Hindu agar menunjukkan budaya dan semangat kebaktian dan tidak berkelakuan kurang senonoh sepanjang sambutan Thaipusam ini.Lebih 1.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka membanjiri Kuil Sri Subramaniyar Swami bagi merayakan sambutan Thaipusam Sabtu ini.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan ucapan pada sambutan Thaipusam ini. - BERNAMA