suria

Zoo Taiping Jadi Bukti Rita & Aidil Bahagia

Rita, Aidil dan anak mereka. Gambar dirakam ketika tiga beranak ini bercuti ke Taiping pada 26 Jun lalu.
 Rita, Aidil dan anak mereka. Gambar dirakam ketika tiga beranak ini bercuti ke Taiping pada 26 Jun lalu.
Rita, Aidil dan anak mereka. Gambar dirakam ketika tiga beranak ini bercuti ke Taiping pada 26 Jun lalu.

SEPANJANG minggu lalu ramai pembaca ruangan Adoiii... terkena cubit. Ada yang menjerit selepas membaca satu gosip panas kisah seorang pelakon yang dikatakan berkahwin tanpa restu keluarga sedang tidak bahagia.

Telefon Niezam tak putus-putus menerima SMS yang mahu bertanya kesahihan cerita itu. Ada juga yang tak dapat meneka siapakah artis yang dimaksudkan tapi ramai yang mengagak ia ditujukan kepada pasangan Rita Rudaini Mokhtar,34, dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak,23.

Pembaca tertanya-tanya betul ke rumah tangga Rita dengan Aidil, pemain bola sepak kebangsaan yang macho itu dilandai badai? Niezam tak boleh nak komen. Yang layak beri komen hanyalah Rita dan Aidil sahaja kerana mereka lebih tahu apa yang terjadi.

Gosip rumah tangga Rita dan Aidil sebenarnya bukan baru. Selepas dia orang menghebahkan perkahwinan mereka dulu pun sudah timbul macam-macam gosip membuatkan telinga mereka berdesing.

Untuk pembaca semua, minggu ini Niezam siarkan sekeping gambar Rita bersama Aidil dan anak mereka Airit Rayyan Rizqin. Gambar ini sudah mendapat kebenaran Rita untuk disiarkan.

Gambar ini juga sebagai bukti yang pasangan ini sedang bahagia. Rumah tangga mereka okey, no problem atau tidak ada masalah. Yang jadi masalah apabila ada mulut-mulut longkang di luar sana yang suka menyebar cerita tidak betul mengenai mereka.

Gambar ini Rita rakamkan pada hari Sabtu minggu lalu di rumah adiknyan di Taiping. Selepas itu mereka singgah di Zoo Taiping sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Kemesraan mereka berdua dapat dibuktikan menerusi gambar tersebut. Tengoklah, tersenyum manja ketiga-tiga beranak di Zoo. Tapi awas Rita, kalau masuk zoo tolong jauh sikit dari kandang Orang Utan. Takut Aidil kena cium.

Sepatah kata daripada Rita: “Gosip + fitnah = pandai-pandailah menilai.”

Faham-faham sajalah maksud Rita itu. 8 Julai ini Rita dan Aidil akan menyambut ulang tahun Rayyan yang pertama. Mudah-mudahan mereka akan terus bahagia.

Niezam: Orang depan meja ni bahagia ke you..!

Kena maki? Padan muka!

Seorang wartawan hiburan bercerita masa dia pergi Indonesia dia kena maki dengan sebuah kumpulan muzik baru di negara itu. Niezam kata padan muka. Lepas tu dia cerita lagi artis tu tak hairan pun kalau setakat wartawan Malaysia nak interviu. Niezam kata padan muka.

Wartawan tu terus bercerita, artis Indonesia tu suruh tanya soalan yang bernas dan jangan soalan-soalan sampah. Niezam kata padan muka.

Selepas tiga kali kena padan muka, wartawan tu pun angkat beg terus “blah”. Niezam pun jerit padan muka.

Orang macam wartawan tu memang elok “dibahasakan” macam tu. Bila dia pergi ke Indon baru dia tahu langit itu tinggi ke rendah?. Akhirnya dia pun sedar diri, artis Indon yang dia agung-agungkan sangat selama ini ada yang layan dia macam sampah sarap. Masalah ini berlaku apabila masyarakat kita terlalu sangat mengagungkan orang luar.

Artis-artis luar dijunjung macam raja. Tapi artis-artis sendiri merempat dan menjadi peminta sedekah. Stesen-stesen radio pun semuanya 2X5. Apa jadi dengan Persatuan Radio Komersial Malaysia (CRM) apabila kerajaan mengeluarkan arahan semua stesen radio wajib siar semua lagu baru artis-artis tempatan?

Selepas keluar arahan itu, semua tutup mulut. Sampai hari ini tak ada kata putus mengenai tindakan rasmi yang hendak diambil. Lagu-lagu mat Indon masih lagi diberi keutamaan.

Kalau dulu, sekali artis Indon buat hal, sepuluh kali dia orang kena. Datuk Sheila Majid pernah “dibelasah” semasa dia di Indon. Lepas tu masa Hetty Koes Endang datang sini, Hetty pula kena belasah dengan orang sini. Padan muka. Itu dulu, hari ini tidak lagi.

Artis Indon memang hebat. Hebat buat video lucah dan “projek” sana sini tapi tetap dapat tempat nombor satu. Artis kita kalau kena tangkap, mulalah orang berebut nak gam. Tak cukup gam Uhu, pakai gam gajah. Hari ini syarikat-syarikat korporat pun sama naik. Sikit-sikit nak taja artis Indon.

Yang nak tergelak ada juga wartawan terhegeh-hegeh nak cakap Indon setiap kali jumpa artis Indon. Tapi tak ada satu pun artis Indon nak cakap bahasa kita.

Niezam: Artis yang pernah kena gam buat hal lagi ye? Siap kau!

Eloklah tukar nama

Kalau sebut Aida Khalida kenal tak? Aida Rahim atau Aida Radzwill kenal? Tentulah kenal kan? Niezam nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kak Aida kita ni kerana akhirnya dia buat keputusan untuk menukar namanya yang asal. Nama yang diberi oleh emak bapanya selama ini.

Niezam rasa, keluarga Aida juga gembira akhirnya nama yang ada pada surat beranak itu diguna pakai juga walaupun selepas dia berusia 53 tahun. Tahniah.

Sepatutnya sudah lama Aida buat keputusan macam itu. Bukan apa, selama ini ramai artis kita nak jadi mat saleh.

Ingat, budaya mat salih tak boleh pakai satu sen pun. Tapi budaya itulah yang hendak dipuji dan dipuja oleh orang kita dengan meletakkan nama suami sebagai nama kedua.

Aida sudah dua kali tukar nama kedua. Akhirnya selepas dua kali kecewa dalam rumah tangga, dia memilih untuk menggunakan namanya sendiri Khalidah Adibah Ahmad. Kes ini sama juga dengan hajah Wan Chik Daud, bekas juruhebah radio popular RTM. Tak ramai tahu Daud itu adalah nama suami Wan Chik yang pertama. Nama sebenarnya ialah Wan Chik Othman.

Niezam pernah dengar Kak Wan berkata, dia rasa berdosa guna nama suami sebagai nama kedua. Sebab itulah dia cepat-cepat mahu orang panggil dia Wan Chik Othman. Kepada semua artis, ingat jangan sesekali guna nama suami sebagai nama kedua. Tak payah nak berlagak nak jadi macam bintang Hollywood. Dia orang tak apa sebab dia orang memang bintang. Kita ni kalau setakat macam tahi bintang je tak payah nak berangan.

Niezam: Sedap dengar lagu Raja Emma - Angan-Angan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain