KUALA LUMPUR: AirAsia mensasarkan sebanyak enam buat pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah itu dilengkapi dengan perayauan antarabangsa yang membolehkan pelanggan melakukan panggilan dari dalam kapal terbang.Pengerusi Bukan Ekskutif AirAsia, Datuk Abdul Aziz Abu Bakar berkata, bagi merialisasikan impian itu, AirAsia telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi gergasi, Maxis sebagai rakan perkongsian. Katanya, setakat ini empat buah pesawat telah beroperasi dengan sistem tersebut dengan penerbangan domestik akan menerima perkhidmatan tersebut di semua destinasi manakala penerbangan ke luar negara melalui lokasi pilihan sahaja."Buat permulaan empat pesawat telah mula beroperasi dengan sistem perayauan dan kami mensasarkan dua buah lagi akan menyusul sebelum hujung tahun ini."Bagi penerbangan ke luar negara, destinasi yang membolehkan semua pelanggan Maxis menggunakan sistem itu akan sentiasa bertukar-tukar dan pengumunan akan sentiasa dibuat bagi memaklumkan kepada pelanggan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kelancaran sistem tersebut, Abdul Aziz berkata, setakat ini sistem berkenaan berjalan dengan baik dan pemantauan akan terus dilakukan bagi memastikan sistem itu tidak memberi sebarang masalah."Kita juga turut menitikberatkan mengenai soal keselamatan dan beberapa peraturan juga perlu dipatuhi sebelum sistem roaming itu boleh digunakan di dalam pesawat," katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean Pascal Van Overbeke berkata, idea asal kerjasama dengan AirAsia tercetus apabila menyedari permintaan terhadap membuat panggilan dan data meningkat dan menjadi tanggungjawab syarikat itu untuk memenuhi kehendak pengguna."Tidak kira pelanggan menggunakan perkhidmatan di tempat biasa mahupun setinggi 30,000 kaki di atas udara, kita akan cuba memenuhi kehendak mereka dan Maxis komited dalam perkara itu," katanya.Katanya lagi, buat masa ini Maxis akan menumpukan sepenuhnya kerjasama dengan AirAsia bagi memantapkan sistem sedia ada sebelum meluaskan pasaran ke syarikat penerbangan yang lain.Perkhidmatan sistem roaming di dalam pesawat akan dikenakan bayaran sebanyak RM11/seminit untuk panggilan, RM2/SMS dan RM25/data.