suria

Warga Emas Hilang Di Kebun Getah

GUA MUSANG: Seorang warga emas menimbulkan misteri berikutan kehilangannya di kebun getah sejak Jumaat lalu di Kampung Pasir Tumbuh, Bertam di sini.

Hassan Dollah, 90, dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas pergi ke kebun getahnya kira-kira dua kilometer dari rumahnya padapukul 7 pagi Jumaat lepas.

Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rusli Che Sulaiman, berkata operasi mencari warga emas itu bermula sejak Sabtu lepas sebaik menerima maklumat.

Beliau berkata operasi itu membabitkan 10 anggota dari Unit Gerak Cepat serta empat anggota bomba, 15 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan 60 penduduk kampung.

"Sehingga gerakan itu dihentikan pukul 6 petang Ahad, warga emas berkenaan belum ditemui dan kita akan teruskan gerakan mencari pukul 8 pagi esok," katanya.

Isteri mangsa, Sepiah Mamat, 68, berkata suaminya itu yang diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu berjalan kaki dengan bertongkat semasa keluar dari rumah.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain