KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong menyifatkan Karpal Singh sebagai Anggota Parlimen 'flip-flop' kerana sentiasa menukar pandangan berhubung Datuk Seri Anwar Ibrahim.Wee menerusi blognya weechookeong.wordpress.com berkata Anggota Parlimen Jelutong itu pernah dilapor telah meminta Anwar disiasat di atas tuduhan meliwat semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1997. "Karpal berkata beliau telah dikunjungi pemandu Anwar bernama Azizan Abu Bakar dan beberapa yang lain mengenai dakwaan liwat terhadap Anwar," katanya.Wee berkata beliau juga pernah membangkitkan di Parlimen bahawa pada 1997 Karpal menyatakan mempunyai bukti mengenai penglibatan Anwar dalam kegiatan liwat pada satu ceramah DAP di Hotel Federal."Akhirnya Karpal mengesahkan perkara itu, kalau tidak ada satu lagi saman fitnah," katanya.Selain itu katanya, Karpal juga pada 8 Feb 2009 telah menggesa Anwar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, namun sebulan kemudian membuat kenyataan Anwar boleh terus kekal sebagai ketua kerana masih menerima sokongan wakil rakyat pembangkang."Satu lagi flip-flop!" kata Wee yang juga Anggota Parlimen Bebas. -BERNAMA