suria

APMM Selamat Empat Pemancing Hanyut Dekat Pulau Tenggol

KUALA TERENGGANU: Empat orang pemancing yang hanyut di perairan Pulau Tenggol di Dungun setelah enjin bot mereka rosak Ahad diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Maritim APMM Kuala Terengganu Kapten Adam Aziz berkata keempat-empat pemancing berkenaan berada dalam keadaan keletihan semasa ditemui pada 6.20 petang di kedudukan enam batu nautika dari Pulau Tenggol.

Beliau berkata bot itu telah ditunda ke jeti Kuala Dungun setelah anggota APMM memberikan bantuan dan pertolongan kepada pemancing berkenaan.

"Semasa kejadian, cuaca adalah buruk dan keadaan ombak besar," kata Adam.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat mengenai keadaan cuaca sebelum keluar memancing bagi mengelak kejadian tidak diingini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anwar Tidak Cedera Serius

Artikel Lain