suria

Bersih 2.0: Dakwaan Polis Ganas, Semua Rakaman Video Diteliti

KUALA LUMPUR: Polis sedang meneliti semua rakaman video sepanjang perhimpunan haram pada Sabtu lalu ekoran dakwaan pihak berkuasa itu bertindak ganas ke atas peserta perarakan terbabit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sehubungan itu menegaskan, tindakan akan diambil ke atas mana-mana media termasuk dalam talian dan blogger jika mereka membuat laporan yang tidak tepat.

Tindakan juga akan diambil jika terdapat bukti polis bertindak ganas semasa menangani perarakan haram itu, kata beliau kepada pemberita di sini, Isnin.

Hishammuddin berkata, siasatan masih dijalankan berkaitan perhimpunan itu selain perkara yang berkaitan dengannya dan sebarang keputusan untuk pendakwaan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Sementara itu, beliau memberitahu, polis secara rasminya telah mengeluarkan arahan tidak lagi dalam keadaan bersedia bagi operasi perarakan haram itu.

Arahan itu, katanya, dikeluarkan selepas pihak berkuasa mengesahkan bahawa situasi di ibu kota kembali sediakala pada pukul 6 petang Sabtu.

"Tiada sebarang insiden sejak dari masa itu dan keputusan untuk stand down bagi operasi itu dbuat hari ini (Isnin)," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anwar Tidak Cedera Serius

Artikel Lain