suria

Anwar Jumpa Nik Aziz Esok

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu keselamatan negara Israel akan berlangsung Selasa.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan demikian pada sidang media di Pejabat Agung Pas di sini, Isnin, namun lokasi dan masa pertemuan itu tidak dimaklumkan.

Pertemuan itu menjadi perhatian banyak pihak ekoran kenyataan kontroversi Ketua Pembangkang itu yang menyokong keselamatan negara Israel.

Pada 13 Feb lepas, Nik Aziz menggesa Anwar supaya menarik balik kenyataan sokongan itu sekiranya benar dibuat atau menyaman The Wall Street Journal sekiranya laporan itu salah.

Menjawab soalan apakah yang akan dilakukan Pas sekiranya Anwar tidak menarik balik kenyataan sokongan itu, Mahfuz berkata: "Itu kita tunggu hasil pertemuan mereka besok". - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain