suria

Abu Zahar Angkat Sumpah Sebagai Anggota Dewan Negara Penggal Kedua

Abu Zahar mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Doris Sophia Brodi di Dewan Parlimen, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Jumaat mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara setelah dilantik semula untuk penggal kedua.

Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Doris Sophia Brodi di Dewan Parlimen.

Abu Zahar, 69, yang merupakan bekas presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) dilantik semula sebagai anggota Dewan Negara berkuat kuasa hari ini selama tiga tahun setelah tempoh penggal pertamanya berakhir pada Khamis.

Abu Zahar pada 26 April 2010 dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-16 menggantikan Datuk Wong Foon Meng yang tamat perkhidmatan pada 12 April 2010.

Beliau memulakan kariernya pada 1964 sebagai inspektor Polis Diraja Malaysia dengan jawatan terakhir sebagai timbalan penguasa polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada 1979.

Pada 1980 hingga Jun 1986, Abu Zahar meneruskan profesion guaman di ibu negara sebelum dipilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pilah dan anggota exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan.

Pada 1991, beliau mempertahan kerusi DUN berkenaan sebelum dipilih sebagai anggota parlimen Kuala Pilah selama satu penggal bermula 1995 hingga 1999. - BERNAMA

Artikel Lain