suria

Warga British Didakwa Miliki Wang Palsu US$489,600

KUALA LUMPUR: Seorang warga British pada Rabu didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memiliki 4,896 keping wang palsu US$100 di sini awal bulan ini.

Billal Chanchi, 46, seorang jurutera, mengaku tidak bersalah memiliki wang itu yang bersamaan RM1,591,200, di Kondominium Seri Lata di Jalan 4/125, Taman Desa Petaling, Cheras, pada 1 Ogos.

Dia didakwa mengikut Seksyen 489c Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara hingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Hakim Mat Ghani Abdullah menetapkan ikat jamin RM900,000 dengan seorang penjamin Malaysia dan memerintahkan pasport Billal diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 20 Sept sebagai tarikh sebutan.

Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri mewakili pihak pendakwaan sementara Billal tidak diwakili. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain