suria

Malaysia Mahu Tarik Pelaburan AS$25 Bilion Dari China Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden China Xi Jinping menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) dengan Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng mengenai program kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kerajaan China dan Malaysia pada Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia-China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Jumaat. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat menarik pelaburan bernilai US$25 bilion dari China dalam masa lima tahun akan datang dengan memanfaatkan perkongsian ekonomi dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sasaran berkenaan hanya lima peratus daripada jumlah pelaburan yang diunjur dari China dalam masa lima tahun akan datang.

"China menjadi sumber penting pelaburan di dunia berbanding Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Timur Tengah.

"Ia dijangka membelanjakan US$500 bilion bagi pelaburan luar dalam masa lima tahun akan datang yang berjumlah US$100 bilion setahun.

"Jika Malaysia boleh mendapat lima peratus daripada jumlah itu pada US$5 bilion setahun, akan menjadi suatu yang baik. Ini merupakan potensi yang perlu diteroka oleh kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia," kata beliau kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia-China di sini Jumaat.

Selain itu, Mustapa berkata Malaysia juga bersedia untuk menarik lima peratus atau empat juta daripada 80 juta pelancong China ke Malaysia berbanding satu juta pelancong sekarang ini.

Sementara itu, beliau berkata pusingan ketiga rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) antara Asean dan enam rakan dialog, termasuk China, akan diadakan di sini pada Januari.

RCEP, dijangka dimuktamadkan pada 2015, telah membincangkan perkara-perkara seperti kastam, kemudahan perdagangan, logistik, hak harta intelek serta penyelesaian pertikaian, yang dilihat sebagai isu-isu penting antara negara-negara anggota Asean dan rakan dialog, kata Mustapa.

"China juga mengkaji beberapa isu-isu yang dibincangkan semasa rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), yang mempunyai persamaan dengan RCEP dan boleh dibawa kepada rundingan," katanya, sambil menambah bahawa China tidak menunjukkan minat untuk menyertai TPP. - BERNAMA

Artikel Lain