suria

Kebakaran Di Menara Tradewinds, Pekerja Binaan Terperangkap

KUALA LUMPUR: Kebakaran berlaku di salah satu tingkat di bangunan Tradewinds di Jalan Raja Laut di sini, menyebabkan beberapa pekerja binaan terperangkap akibat asap tebal.

Ketua operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.46 petang.

Sebanyak tujuh kereta bomba dengan 70 anggota dari beberapa balai berdekatan tiba di lokasi kejadian.

Kira-kira lima pekerja binaan diselamatkan oleh anggota bomba. Kesemua mereka dikejarkan ke hospital.

Bangunan berkenaan kosong yang kini di bawah proses pengubahsuaian.

Artikel Lain