KUALA TERENGGANU: Wartawan Harakah, Khairul Azlam Mohamad, patah peha kiri selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta di Gong Badak pada Khamis.Nahas itu berlaku pada kira-kira 9.10 malam ketika Khairul Azlam, 42, yang menunggang motosikal, dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat di Tok Jembal. Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.Isteri mangsa, Wan Sabariah Wan Musa, berkata Khairul Azlam keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam untuk ke mesyuarat dan tidak lama selepas itu, beliau dimaklumkan bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan."Saya tidak sangka insiden ini menimpa suami tidak sampai 10 minit dia keluar dari rumah, namun saya redha," katanya.Dalam pada itu, Presiden Kelab Wartawan Terengganu Ayob Mamat dan beberapa wartawan akhbar nasional meluangkan masa melawat mangsa di hospital petang ini. BERNAMA