suria

Catuan Air Di Hulu Langat, Kuala Langat Dan Sepang Bermula 27 Februari

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada Selasa berkata catuan air berjadual bagi daerah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan bermula pada 27 Februari hingga 31 Mac.

Syabas mengumumkan jadual terperinci bagi kawasan-kawasan ini di laman webnya, yang akan menerima air selama dua hari dan pencatuan selama dua hari, secara bergilir-gilir.

Syabas berkata 71 kawasan, yang melibatkan 60,000 isi rumah akan terjejas oleh langkah itu.

syabas, catuan, air

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain