suria

Usaha Mencari MH370 Yang Hilang Diperluas Di Luar Laluan Penerbangan

Ahmad Jauhari Yahya.

PETALING JAYA: Pasukan mencari dan menyelamat, mencari mencari pesawat MH370 yang hilang dengan memperluaskan skop pencarian di luar laluan penerbangan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya .

Beliau berkata, tumpuan kini di barat Semenanjung Malaysia di Selat Melaka.

"Pihak berkuasa sedang melihat kemungkinan usaha yang dibuat oleh MH370 berpatah balik ke Subang.

"Kedudukan yang terakhir MH370 sebelum ia hilang dari radar adalah 065.515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur (latitud)," kata Ahmad Jauhari dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Sabtu lalu, penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang secara misteri tanpa sebarang pemberitahuan kecemasan.

Ahmad Jauhari berkata, misi itu untuk mencari pesawat itu dan mereka di atas pesawat itu dengan dibantu oleh pelbagai negara iaitu Australia, China, Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Amerika Syarikat.

"Banyak aset digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat. Secara keseluruhan, terdapat sembilan pesawat dan 24 kapal dikerahkan dalam misi ini.

"Selain daripada pencarian di laut, usaha mencari di darat di antara kawasan ini turut dijalankan," katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa serpihan dan tumpahan minyak yang dijumpai di Laut China Selatan bukan milik peswat MH370 berdasarkan analisis yang dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat.

"Pesawat B777 -200 yang mengendalikan MH370 menjalani penyelenggaraan pada 23 Februari tahun ini, 10 hari sebelum penerbangan pada 8 Mac lalu. Pemeriksaan seterusnya sepatutnya dijadualkan pada 19 Jun.

"Penyelenggaraan ini dijalankan di kawasan hangar KLIA dan tiada isu mengenai keadaan dan keupayaan pesawat," kata Ahmad Jauhari.

Beliau berkata, pesawat itu telah diserahkan kepada MAS pada tahun 2002 dan sejak itu telah merekodkan 53,465.21 jam dengan 7,525 pusingan.

malaysia airlines, MH370

Artikel Lain