suria

12 Anggota Keluarga Penumpang Pesawat MH370 Tiba Di Hotel

Sebahagian daripada keluarga kepada penumpang pesawat MH370 dilihat berada di dalam bas untuk dibawa ke hotel selepas mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari China. Foto AZMAN GHANI / THE STAR

CYBERJAYA: Dua belas anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 tiba dari China dan mendaftar masuk di Hotel Cyberview Resort & Spa dekat sini, Selasa.

Menurut petugas MAS yang enggan namanya disiarkan, kesemua anggota keluarga dari Beijing, China itu dibawa ke hotel berkenaan bagi mengikuti perkembangan terkini pesawat Boeing 777-200ER yang hilang sejak Sabtu lepas.

Tinjauan Bernama mendapati sekumpulan kaunselor berada di lobi hotel untuk memberi khidmat kaunseling kepada anggota keluarga yang terlibat.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh warga China dan 38 rakyat Malaysia.

MH370

Artikel Lain