suria

Aktiviti Korek Tanah Haram Dikesan Di 'Tapak Pembinaan' Di Jalan Ampang

OPERASI mengorek pasir secara haram dilakukan di kawasan kononnya pembinaan bangunan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kawasan itu terletak berhampiran dengan apartment Berembang Indah dan SK(2) Kuala Ampang.

Berdasarkan pemerhatian StarMetro, sekurang-kurangnya lima sehingga enam trak yang dipenuhi pasir keluar dari kawasan itu setiap jam, di mana ia merupakan satu kesalahan sekiranya dilakukan tanpa kelulusan daripada Pejabat Tanah daerah.

Operator juga menyalurkan air dari Sungai Klang yang mengalir di sebelah tapak itu untuk mencuci pasir sebelum ia diangkut keluar menggunakan lori.

Malah, lebihan kotoran, lumpur dan selut disalurkan kembali ke sungai itu.

"Ia kelihatan seperti operasi mengorek pasir secara haram yang sedang berjalan di sana. Berdasarkan rekod kami, tiada sebarang kelulusan untuk mana-mana operasi mengorek atau memproses pasir yang dijalankan di lokasi itu.

"Ini bermakna kontraktor pemaju mengorek tanah secara haram tanpa pengetahuan Pejabat Tanah," kata pegawai Pejabat Tanah Gombak, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Beliau berkata, adalah menjadi satu kesalahan juga buat operator yang mengambil air dari sungai dan disalurkan kembali sisa-sisa air ke sungai tanpa sebarang kelulusan dari Jabatan Pengairan dan Saliran apabila lumpur mencemari sungai dan apabila berlakunya hujan lebat, ia boleh mengakibatkan paras air sungai tinggi.

Seorang penghuni kediaman apartment bersebelahan dengan kawasan itu, yang enggan dikenali berkata, aktiviti di tapak itu bermula sejak lebih setahun lalu tetapi penduduk-penduduk tidak mengambil perhatian mengenainya.

"Saya mengesyaki sesuatu yang mencurigakan dan seorang kakitang di majlis daerah untuk membuat pemeriksaan sama ada aktiviti itu mendapat pengesahan. 

"Terdapat satu atau dua kali pemeriskaan di tapak itu tetapi ketika ianya dilakukan, semua aktiviti berkenaan dihentikan," katanya.

Beliau menambah, pengusaha tidak pernah memberikan mereka apa-apa masalah dan melakukan kerja-kerja mereka tanpa campur tangan.

Nor Hisham berkata, jabatan itu akan melakukan pemeriksaan di tempat tersebut bersama-sama dengan agensi-agensi lain dan sekiranya didapati bersalah, kontraktor akan menerima kesan akibat daripada tindakan mereka.


tanah, korek pasir

Artikel Lain