KAJANG: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai medan meraih simpati rakyat berhubung keputusan mahkamah terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menegaskan mahu menjadikan PRK DUN Kajang sebagai referendum sistem kehakiman negara, Presiden PKR itu mengajak pengundi menyokongnya 'langkah Kajang' yang dibuat partinya. "Kalau inilah referendum terhadap ketidakadilan yang berlaku, ini adalah referendum sistem kehakiman di negara kita ini. "Saya ajak semua orang di Kajang untuk beri mesej yang kuat," katanya ketika ditemui selepas penamaan calon PRK DUN Kajang di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) pada Selasa. Wan Azizah dinamkan sebagai calon PKR bagi menggantikan Anwar yang hilang kelayakan selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan. Panel tiga hakim itu menjatuhui hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar. Mengulas lanjut mengenai peluangnya untuk menang di DUN Kajang, Wan Azizah berkata: "Saya bertanding dalam perhitungan tanah yang tak rata, kemenangan itu yang saya carikan," katanya.