BERIKUT adalah himpunan gambar berhubung misteri kehilangan penerbangan MH370 terbaru pada Rabu. Seorang pengunjung berdoa di hadapan kain rentang gergasi 'care and Pray for MH370' yang ditandatangani oleh orang ramai sebagai tanda sokongan dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu ketika menghadiri Program Jelajah Keusahawanan di Kuantan, Rabu. -fotoBERNAMA Kelihatan orang ramai membaca surat khabar bagi mengetahui perkembangan semasa mengenai kejadian pesawat Penerbangan Malaysia yang dilaporkan hilang selepas bertolak kira-kira dua jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac ketika di hotel penginapan ahli keluarga penumpang Pesawat MH370 di Putrajaya, Rabu. -fotoBERNAMA Kelihatan Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan operasi mengesan pesawat MH370 di Selat Melaka. - KAMARUL ARIFFIN/The Star Anggota TUDM bersiap sedia untuk berlepas dengan pesawat Hercules C130 dari Subang. - foto Kamarul Ariffin/The Star Anggota TUDM di dalam pesawat Hercules C130. - foto Kamarul Ariffin/The Star Menteri Pertahanan yang juga pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin melihat sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika membuat tinjauan menerusi pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke kawasan sektor Pantai Barat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 pada Selasa. - fotoBERNAMA Ahli keluarga salah seorang penumpang MH370 menunggu bas selepas mendapat visa ke Malaysia di Hotel Metro Park Lido, Beijing pada Selasa. -AFP