suria

Seminggu MH370 Menghilang...Sedih, Resah Dan...

MH370

Jumaat, 14 Mac genaplah seminggu penerbangan MH370 hilang dari radar dan tidak dapat dikesan.

MH370

Misteri itu bermula pada 1.30 pagi Sabtu lalu apabila pesawat jenis Boeing 777-200 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hilang dan gagal dikesan.

Pesawat tersebut membawa 239 individu yang sebahagian besarnya terdiri daripada rakyat China selain Malaysia dan negara lain termasuk dari Eropah.

Sepanjang tempoh kehilangan pesawat ini, bukan berpuluh tapi beratus teori dikeluarkan oleh pakar atau pemerhati termasuk gambar yang dikesan satelit dari China, malangnya semua itu masih belum membawa kepada penemuan atau petunjuk baru.

MH370

Gambar yang dikesan satelit dari China memperlihatkan objek seperti kapal terbang.


Baiklah, kita tinggalkan dulu mengenai fakta yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak itu.

Kita buka pula topik yang turut menjadi tumpuan disebalik kehilangan pesawat berkenaan iaitu kelibat bomoh yang kononnya cuba membantu.

Mereka kini dah jadi fenomena, tetapi fenomena lawak atau bahan ketawa orang. Apatah lagi gelagat itu ialah gelagat orang sedang teropong dan naik karpet terbang tak ubah seperti filem P. Ramlee yang terakhir - Laksamana Do Re Mi. Tiga pelawak moden ini yang mengaku maharaja bomoh kini popular dan menjadi bahan jenaka khususnya di  aplikasi Whatsapp.

MH 370

Bukan setakat itu, ada pula yang 'rajin'  membuat 'superimposed' dengan mengaitkan gambar ritual yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dengan gambar lain malah ke peringkat kononnya Presiden Barack Obama sendiri sedang menyaksikan ritual itu menerusi kaca televisyen dari White House. Tapi ternyata ini semua palsu dan rekaan superimposed semata-mata.

MH370 

Tu dia... memang nak tergelak dibuatnya


Dalam keadaan yang genting seperti ini, adalah lebih baik kita berdoa agar ujian Allah swt ini dapat dilalui dan diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Hentilah menjadikan misteri kehilangan MH370 sebagai bahan jenaka di laman sembang atau ketika kita berbual bersama rakan kerana ia bukan sesuatu yang baik.

Sebelum kita berpisah...layanlah dahulu video yang melibatkan beberapa kemalangan pesawat di seluruh dunia untuk tatapan dan renungan kita bersama...

#MH370, MAS, MH370

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain