Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pada ketika ini keutamaan kementerian selaku pelindung keempat-empat anak pasangan itu adalah untuk memastikan mereka tidak merasa sedih atau tertekan dengan keputusan mahkamah.
"Syukur Alhamdullilah, dah selesai. Ibu bapa itu gembira kerana tahu anak-anak mereka ada bersama famili di sini, malah itulah kehendak mereka.
"Kami akan beri mereka (anak-anak itu) kaunseling yang intensif agar mereka tidak menyalahkan diri mereka," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Prudential Assurance Malaysia Berhad(PAMB), di sini Sabtu.
Keempat-empat anak pasangan itu iaitu Aisyah Azizul Raheem, 14; Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7, kini dijaga ibu saudara mereka di Kampung Bukit Tanah, Peringat di Kelantan.