suria

Datuk Bandar KL Bernazar Berbasikal 5 Hari

Dari kiri Rick Astley, Ahmad Phesal, Craig David dan CEO Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas ketika menekan butang bagi memadam lampu Menara Berkembar Petronas sempena 'Earth Hour' pada malam Sabtu.

KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib pada Sabtu berikrar akan berbasikal ke tempat kerja selama lima hari jika 150 bangunan di ibu negara menyertai kempen memadam lampu bagi tempoh sejam bersempena 'Earth Hour' 2014.

Beliau membuat akujanji 'I will, if you will' itu untuk kali kedua selepas kempen sama berjaya mencapai sasaran tahun lepas.

"Tahun lepas saya anggarkan 50 bangunan, tetapi yang menyertai 86, dan saya telahpun menunaikan janji berbasikal sejauh 10 kilometer ke tempat kerja selama sehari.

"Tahun ini, saya yakin dengan adanya kesedaran yang semakin meningkat, jumlah bangunan yang menyertai akan bertambah," katanya kepada media sebelum memadamkan lampu Menara Berkembar Petronas tepat pukul 8.30 malam ini bersempena Earth Hour.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas serta penyanyi popular antarabangsa Craig David dan Rick Astley.


KLCC, DBKL, Earth Hour

Artikel Lain