suria

Gara-Gara Curi Tiga Helai Baju, Bekas Pegawai Bank Dipenjara Sehari, Denda RM600

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri tiga helai baju bernilai RM317 di pusat membeli-belah Suria KLLCC di sini Rabu, seorang bekas pegawai bank dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Shah Jehan Abdul Kadir, 37, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua minggu sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam bela Noor Mousa Azaddin dan Nasirudin Nordin memohon hukuman diringankan atas alasan tertuduh tidak mempunyai pekerjaan selain isterinya hanya bekerja sebagai kerani.

Bapa kepada enam anak itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping.

Artikel Lain