suria

Measat-3b di Dibawa Ke tapak Pelancaran

KUALA LUMPUR: Airbus Defence and Space, sebahagian daripada Airbus Group, telah selesai menjalankan integrasi akhir dan ujian Measat-3b.

Direka bentuk dengan transponder 48 Ku-band, Measat-3b akan digunakan untuk menyokong perkhidmatan data dan video di seluruh Malaysia, India, Indonesia dan Australia, kata Airbus Defence and Space dalam satu kenyataan pada Selasa.

Satelit itu meninggalkan kemudahan Airbus Defence and Space di Toulouse, Perancis dan diangkut melalui udara ke Kourou, French Guiana.

Ia dijadual dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang dengan pelancar Ariane 5.

Pelancaran dan operasi fasa awal orbit akan dikendali dari pusat kawalan kapal angkasa Airbus Defence and Space di Toulouse.

Measat-3b adalah yang ke-36 yang akan dilancarkan dari tapak pelancaran berkenaan dan sembilan lagi berada dalam pelbagai peringkat pengeluaran di kilang Airbus Defence and Space.

Measat-3b akan dilancarkan ke dalam slot orbit 91.5°E di mana ia akan dikolokasi dengan Measat-3 dan Measat-3a untuk membentuk satelit terus ke rumah Asia paling lasak, satelit Eurostar E3000.

Measat, Malaysia, Indonesia, Perancis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain