suria

MH370: Taufan Jack Hentikan Carian Di Udara, Misi Bluefin-21 Diteruskan

Bluefin-21 melengkapkan misi kesembilan di kawasan pencarian dalam air.
PETALING JAYA: Misi pencarian di udara bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang ditangguhkan pada Selasa, disebabkan cuaca buruk ekoran Taufan Jack, kata Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC).

Ia berkata, laut bergelora dan had pandangan yang terhad menyebabkan operasi itu tidak dilakukan dengan berkesan dan hanya mengundang bahaya.

Bagaimanapun, JACC berkata, sebanyak 10 kapal terlibat dalam operasi mencari pada Selasa akan diteruskan dengan operasi yang dirancangkan.

Terdahulu, JACC memutuskan untuk menggunakan sehingga 10 pesawat tentera bagi melakukan pencarian itu.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) merancang kawasan pencarian visual yang berkeluasan 49,491 kilometer (km) persegi.

Pusat pencarian itu terletak kira-kira 1,584km barat laut Perth, Australia.

Bluefin-21 AUV pada masa ini melengkapkan misi kesembilan di kawasan pencarian dalam air.

Setakat ini, operasi Bluefin-21 sudah meliputi di dua per tiga kawasan tumpuan pencarian dalam air.

Bagaimanapun, tiada sebarang kesan MH370 dijumpai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain