suria

Kumpulan Media Star Lancar Laman Web Beli-Belah

Screenshot bagi laman web baharu, Star Shopping.
PETALING JAYA: Star Shopping, laman web beli-belah baharu oleh Kumpulan Media Star, dilancarkan dengan menawarkan hampir 10,000 produk dari 50 jenama terkemuka.

Star Shopping, jalinan kerjasama di antara Star Publications (M) Berhad dan ShopStylers Sdn Bhd, mencatatkan satu lagi sejarah penting bagi kumpulan media ini dalam mempelbagaikan tawaran digital.

Dalam usaha untuk menyediakan pengalaman membeli-belah menakjubkan, Star Shopping akan memastikan para peniaga menawarkan kualiti terbaik.

"Fokus utama kami adalah kualiti peniaga dan produk yang mereka tawarkan. Ini untuk memastikan pengguna kami mendapatkan tawaran terbaik dari peniaga yang boleh dipercayai," kata Ketua Pegawai Eksekutif ShopStylers, Jimmy How. 

Produk dan jenama akan dikemaskini setiap minggu untuk membawakan trend terbaharu di pasaran.

Ketua Produk (digital) Star Publications, Serm Teck Choon percaya penglibatan dalam landskap peruncitan digital menawarkan peluang dan sebarang kemungkinan tanpa batasan.

"Melihat kepada perkembangan positif trend beli-belah secara online, kerjasama ini menawarkan pengunjung utama di The Star Online keupayaan untuk meneroka, membandingkan dan membeli produk secara dalam talian," katanya dalam satu kenyataan media.

Jangan lepaskan peluang yang unik dengan membeli-belah menakjubkan di http://shopping.thestar.com.my.

Artikel Lain