suria

Polis Siasat Presiden Isma Ikut Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan terhadap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman berhubung kenyataannya yang dikatakan berbaur hasutan semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata siasatan dibuat menurut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Polis menerima empat laporan setakat ini berhubung perkara itu, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Abdullah Zaik dalam laman sesawang pertubuhan berkenaan di www.ismaweb.net menyifatkan kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu, yang dibawa oleh kolonial British sebagai satu bentuk 'pencerobohan' ke negara ini serta menyifatkan mereka sebagai tidak sedar diri.

Kenyataan beliau itu sebagai reaksi kepada golongan bukan Islam yang menentang cadangan pelaksanaan undang-undang Islam dan hudud.
Isma, Hudud, Akta Hasutan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain