Pesawat Airbus A380 itu membawa 263 penumpang, mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.
Penumpang pesawat berkenaan dipindahkan ke pesawat lain dan berlepas pada pukul 0900 waktu tempatan.
"Pesawat SQ866 dari Singapura ke Hong Kong berpatah balik ke Lapangan Terbang Changi tengah hari tadi selepas kokpit menerima isyarat kecemasan mengenai masalah pintu kargo," kata jurucakap Singapore Airlines.
"Jurutera SIA kini sedang mengenalpasti punca yang menyebabkan isyarat kecemasan dinyalakan," tambahnya.
SQ866 merupakan penerbangan harian dari Singapura ke Hong Kong dan sering berlepas pada pukul 0500 waktu tempatan.
Januari lalu, satu daripada pesawat A380 terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Azerbaijan selepas mengalamai pesawat tersebut mengalami kehilangan tekanan dalam kabin pesawat.
Pihak SIA berkata siasatan berhubung insiden berkenaan sedang dijalankan dan memfokuskan kepada pintu dek utama yang didapati mengalami sedikit kebocoran.