suria

Simpan Komen Anda, Dalami Al-Quran - Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) melancarkan Buku 'Reminiscences of Inssurection: Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990' pada majlis pelancaran buku sejarah bergambar di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jalan Padang Tembak di Kuala Lumpur pada Jumaat. Turut hadir penulis buku yang juga veteran perang Leftenan Kolonel (B) Azzam Mohd Hanif Ghows (kiri). Buku setebal 424 muka surat dijual pada harga RM200 senaskah. - Foto BERNAMA.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegur pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berhubung komen mereka mengenai hudud dan label 'imigran' yang dibuat terhadap orang bukan Islam.

"Ia tidak membantu tenteramkan keadaan. Lebih baik mereka berdiam diri," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Isma, Abdullah Zaik Rahman mengenai kenyataannya yang melabelkan orang Cina sebagai 'penceroboh'.

Abdullah Zaik dalam satu sidang media baru-baru ini berkata 'golongan imigran' tidak mempunyai hak membantah tindakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan mempersoalkan hak keistimewaan golongan Bumiputera di negara ini. 

Dr Mahathir berkata: "Ia tidak memberi sebarang kebaikan kepada negara. Faktanya ialah orang China telah lama ada di sini. 

"Mereka merupakan rakyat Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia mereka mempunyai semua hak yang sama. Kita tidak mahu orang ramai mempertikaikan hak kaum lain dan perkara-perkara seperti itu. Ia tidak membina," katanya.

Ketika ditanya mengenai komen Isma agar hudud dilaksanakan terhadap orang Islam dan golongan bukan Islam, Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri selama 22 tahun berkata: 

"Saya rasa lebih baik dia baca Al-Quran betul-betul, ia bermaksud Tuhan tidak suka orang yang suka menimbulkan huru-hara dalam negara. Oleh itu, dia perlu ikut ajaran al-Quran. 

Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku, "Reminiscences of Insurrection: Malaysia's battle against terrorsism" oleh veteran perang, Leftenan Kolonel Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows.

Dalam sidang media di ibu pejabat Isma petang tadi, Abdullah Zaik berkata hukum hudud perlu dilaksanakan ke atas semua orang, dan tidak tertakluk kepada umat Islam sahaja. 

"Bagi orang Islam, ia bermaksud membersihkan diri daripada dosa. Bagi orang bukan Islam pula, ia lebih kepada kepentingan terhadap keselamatan negara," katanya. 

 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain