Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) diiringi Yang Dipertua Negeri, Tun Khalil Yaakob (dua, kanan), Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (kiri) dan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof Datuk Dr Ahmad Yusuf Hassan (kanan) selepas menyampaikan ucapan pada Majlis 'Chancellor's Talks' di UTeM di sini hari ini. -fotoBERNAMA
MELAKA: Tindakan DAP meletakkan wanita muda berbangsa Melayu sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan adalah sebagai langkah mengalih pandangan pengundi Melayu terhadap parti itu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak terkejut jika pengundi Melayu di kawasan berkenaan akan memberi undi kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
Dyana Sofya Mohd Daud
"Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu akan mudah terpedaya dengan taktik seumpama itu.
"Ini hanyalah gimik, jika DAP muncul sebagai pemenang...biarkanlah," katanya selepas menghadiri program 'Bicara Canselor' di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini pada Isnin.
PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Dyana Sofya menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong.
Selain itu Mahathir turut melahirkan kekecewaannya kerana Dyana Sofya lahir daripada keluarga penyokong Umno.
"Jika beliau datang daripada keluarga penyokong pembangkang tidak mengapa, tapi malangnya beliau tidak disemai mengenai perjuangan Umno sejak kecil," katanya.
Dengan menekan butang mendaftar, anda kini bersetuju dengan
peraturan dan terma
Anda juga bersetuju dengan kesemua syarat dan terma di dalam Pernyataan Privasi termasuk Terma Penggunaan di laman ini. Sila ambil masa untuk baca dokumen Pernyataan Privasi sekiranya anda belum melakukannya.

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.