suria

Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM20,000

TAWAU: Polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah dipercayai syabu seberat 100.4 gram dianggarkan bernilai RM20,000 dalam satu operasi di Kunak dekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kunak Supt M Radzali Mahmud berkata dalam operasi kira-kira pukul 9.15 malam itu, ketiga-tiga suspek berumur di antara 20 dan 30 tahun yang dipercayai pengedar dadah itu ditahan di simpang empat jalan Lahad Datu-Kunak. 
 
"Ketika operasi itu polis menahan sebuah kenderaan mencurigakan di kawasan berkenaan dan setelah diperiksa polis menemui dua bungkusan disyaki syabu di dalam sebuah beg milik salah seorang suspek," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Kesemua suspek itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
syabu

Artikel Sebelum

Artikel Lain