suria

Isu Gambar Lelaki Tegap, Ramkarpal Tolak Dakwaan Gay

GEORGE TOWN: Calon DAP, Ramkarpal Singh Deo menafikan dakwaan lawannya, Datuk Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia (PCM) bahawa dia seorang homoseksual.

Jelas anak ketiga mendiang Karpal Singh itu, Huan seharusnya berkempen secara sihat dan tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Berdasarkan apa yang saya tahu, ini kempen serius tapi malangnya dia (Huan) mempersendakan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor," katanya di Pusat Operasi DAP di Jalan Masjid Negeri di sini.

Bagaimanapun Ramkarpal mendedahkan, dirinya kini tidak mempunyai  teman wanita.

"Saya bukan gay. Sekiranya anda berusia 38 tahun dan belum berkahwin, tidak bermaksud ia satu jenayah," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng kesal terhadap dakwaan itu dengan menyifatkan ia tidak adil kepada Ramkarpal.

Semasa walkabout di Island Glades, Huan mempersoalkan gambar lelaki tegap yang dimuat naik ke Facebook Ramkarpal.

Beliau turut bertanya kepada pemberita sama ada turut merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Ramkarpal yang berusia 38 tahun dan belum berkahwin.

DAP, PCM

Artikel Sebelum

Artikel Lain