Beliau berkata pemimpin-pemimpin DAP tidak sepatutnya terus membangkitkan isu rempuhan sekumpulan lelaki ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Rabu lepas pada ceramah-ceramah kempen parti itu.
"DAP sepatutnya tidak melibatkan pihak yang tidak bertanding dalam kempen semata-mata untuk meraih undi sebaliknya fokus kepada calon lawan dan agenda politik mereka sendiri," katanya.
Terdahulu beliau merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang di sini hari ini.
"Ramai membicarakan tindak balas yang berlaku tetapi puncanya (Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima) R.S.N Rayer masih sombong dan enggan minta maaf. Berpolitik ada sempadannya, kekecohan boleh dielak jika dia mohon maaf," katanya.