Pekerja kafe siber berusia 29 tahun dari Lahad Datu itu melarikan diri ke tingkat atas sebuah pangsapuri empat tingkat apabila polis berjaya memerangkapnya di sebuah apartmen yang dipecah masuk.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata suspek berlari ke tingkat atas dan mengancam untuk melompat dari bangunan tersebut apabila polis tidak berundur.
"Polis mengabaikan ugutannya dan hanya berdiri melihatnya tetapi selepas itu dia berjalan ke bawah dan menyerahkan diri kepada anggota polis," kata beliau pada Khamis.
Selepas penangkapan itu, suspek mengaku melakukan satu siri pecah rumah dari kawasan perumahan itu, dan juga bandar-bandar berhampiran.
"Polis kemudian berjaya mendapatkan semula pelbagai barangan yang dipercayai dicuri termasuklah motosikal dan kunci kereta dari rumah suspek," kata beliau sambil menambah peralatan untuk kegiatan pecah rumah turut dirampas.
Suspek juga didapati positif dadah, kata Jauteh .