suria

Pengerusi Banel Bantahan PKR Bidas Pemimpin Kemaruk Kuasa

PETALING JAYA: Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abd Malek Hussin membidas sikap segelintir pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan kuasa.

Walaupun tidak menyebut secara spesifik pemimpin tertentu, Abd Malek turut membayangkan seolah-olah budaya politik wang turut diamalkan pemimpin parti berkenaan.

"Jika perlu bertindak hadapi mereka yang merasuah membeli undi, pasti akan aku lakukan. Aku Malek Hussin. I will fight you!

"Memang sial siapa jua yang menabur duit beli undi nak jadi pemimpin. Kalau dia menang, jenis ini akan jadi makhluk perosak penipu rakyat," kata Abd Malek menerusi akaun Twitter miliknya.

Antara petikan mesej Twitter Abd Malek Hussin.


Selain itu Abd Malek juga berterusan mengutuk sikap segelintir pemimpin dan ahli PKR yang gagal memahami maksud keadilan yang sebenar seperti yang diperjuangkan mereka.

Menurut beliau sepanjang mengendalikan proses pendengaran bantahan, kebanyakan yang terlibat hanya membuat tuduhan liar tanpa mengemukakan bukti kukuh.

"Cakap bergegar bicarakan keadilan. Tapi bila kena batang hidung sendiri? Mana keadilan? Jangan cakap sahaja. Buktikan!

"Mengadu menuduh seseorang senang, tapi mesti buktikan dengan asas yang kukuh lagi berfakta. Lebih penting mesti beri peluang orang lain bela diri," katanya.

Tegas Abd Malek, beliau akan memastikan proses pemilihan PKR dilaksanakan dengan telus dan akan mengambil tindakan tanpa mengira jawatan atau kedudukan pelaku yang didapati bersalah.

"Bila aku adili kes dalam pendengaran, aku tak kisah siapa depan aku. Peduli apa aku dia YB (Yang Berhormat), Exco apa bala. Kalau tak betul, tetap tak betul.

"Fedap (fed up) betul dengan manusia jenis kemaruk. Dia sahaja yang putih seputih-putihnya. Lawannya hitam sehitam-hitamnya. Macamlah kita tak tahu kisah sebenar!" katanya.

Abd Malek Hussin, PKR

Artikel Sebelum

Artikel Lain