SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai tercekik setelah menikmati bebola ikan yang diambil dari ibunya. Insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang Isnin di kediaman saudara kanak-kanak lelaki itu di Resort Homes dekat Persiaran Cinta Sayang di sini. Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Lim Wei Kiat menikmati bebola ikan yang bersaiz duit syiling 50 sen dalam keadaan terburu-buru. Seorang saudara mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong membawa mangsa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia tiga jam kemudian akibat kekurangan oksigen. Difahamkan pembantu pegawai perubatan di unit kecemasan hospital tersebut cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut tetapi tidak berjaya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin ketika dihubungi mengesahkan insiden itu dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.