Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, dua laporan polis dibuat selepas kes seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang didakwa menjadi mangsa rogol berkumpulan di Ketereh bulan lalu dan satu kes insiden melibatkan seorang guru di Kuala Krai baru-baru ini.
"Laporan awal kedua-dua kes disebarkan melalui Whatsapp, Facebook, blog dan beberapa laman media lain," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Kontinjen negeri di sini, Khamis.
"Polis sedang menyiasat bagaimana laporan tersebut boleh tersebar di Internet.
Jalaluddin turut memberi amaran kepada sesiapa yang didapati bersalah dibawah akta terbabit boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun.
Beliau berkata, siasatan polis harus dirahsiakan dan tindakan sebaliknya adalah melanggar Akta Polis 1967.