Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Yazid Mohd Sheriff yang berusia 37 tahun.
Dia didakwa mengedar 4,550 gram ganja di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Kubang Menerong, Tasek Gelugor di Seberang Prai Utara pada 9 malam, 18 November 2012.
Zamani menetapkan 17 Julai ini untuk tertuduh memberi keterangan bela diri.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar manakala Mohd Yazid diwakili peguam Ku Abdul Rahman Ku Ismail.