suria

95kg Dadah Dirampas Dari Makmal Di Sungai Dua

GEORGE TOWN: Polis menumpaskan satu sindiket memproses dadah di Sungai Dua di sini dan merampas lebih 95 kilogram dadah bernilai hampir RM1 juta.

Pemilik makmal memproses dadah berusia 48 tahun itu yang juga pengedar ditahan dalam satu serbuan kira-kira pukul 2.45 pagi Rabu.

Turut ditemui di dalam makmal tersebut adalah heroin seberat 25.5kg, 1.9kg heroin bes, 67.5kg kafein, 1.2kg methamphetamine dalam bentuk cecair dan peralatan untuk memproses dadah.

Seorang pembekal heroin bes turut ditahan dalam serbuan yang turut dilakukan serentak di Alor Setar.

Polis meramapas sebuah sebuah kereta Honda Accord, sebuah kereta Peugeot, tiga Pajero, dua jam tangan Rolex dan wang tunai sebanyak RM94,200.

Operasi tersebut membabitkan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan unit anti-narkotik Bukit Aman dan Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis memantau pergerakan sindiket terbabit sejak beberapa bulan lalu sebelum melakukan serbuan.

"Kami percaya suspek berusia 48 tahun itu mempunyai kenalan yang luas kerana dia menjalankan aktiviti tersebut dengan sendiri dari pemprosesan sehinggalah kepada pengedaran.

"Siasatan awal mendapati pasarannya tertumpu di Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor," katan Noor Rashid.


makmal dadah, Sungai Dua, Sting

Artikel Lain