suria

Pengurus Diculik Di Perak Ditemui Selamat

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus sumber manusia ditemui di Genting Highlands pada petang Jumaat, kira-kira 18 jam selepas dia diculik di Ipoh.

Yong Chiew Mee, 40, yang merupakan ibu kepada tiga anak, ditemui cedera pada pukul 3.30 petang berhampiran Goh Tong Jaya, kira-kira 200km dari Chemor di Perak, tempat di mana dia telah dibawa lari.

Dia kini dirawat di wad trauma di Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Polis Perak  Datuk Acryl Sani berkata kepada pemberita di sini bahawa dua suspek telah ditahan berkaitan penculikan itu.

Berita penculikan Yong tersebar selepas anak saudaranya Delia Yong, menghebahkan kehilangannya dalam talian supaya ibu saudaranya dapat dikesan.

Delia berkata Yong dalam perjalanan pulang apabila suspek yang memandu Proton Waja menghentam keretanya kira-kira pukul 9.30 malam, Khamis di Chemor, Perak.

Delia berkata Yong keluar dari MPV dan "berunding dengan orang yang melanggar keretanya" tetapi dipaksa masuk ke dalam kereta mereka.

Ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur, suami Yong menyatakan kelegaan apabila dia telah dijumpai dan meminta privasi.
culik, pengurus, Chemor

Artikel Lain