suria

32 Barangan Lebih Murah Pada Ramadan

PUTRAJAYA: Harga sebanyak 32 barangan di bawah program Jimat Belanja Dapur di pasar tani seluruh negara akan lebih murah sepanjang bulan Ramadan ini.

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata barangan itu akan mendapat pengurangan lagi iaitu antara 10 dan 20 peratus di 538 pasar tani seluruh negara.

"Di bawah program jimat belanja barangan, harga adalah lebih murah antara lima hingga 20 peratus dan sepanjang bulan puasa, ia berkurangan lagi antara 10 hingga 20 peratus.

"Sebagai contoh, harga sekilogram ayam pada hari biasa ialah RM7.80 namun sepanjang Ramadan, ia akan berkurangan sehingga RM7," katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Pasar Tani Pra-Ramadan Peringkat Kebangsaan di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bekalan barangan seperti daging lembu, ayam, ikan dan sayur-sayuran adalah mencukupi sepanjang Ramadan ini walaupun fenomena El Nino melanda negara.
Ramadan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain