Insiden tersebut berlaku di Kilometer 200, lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting kira-kira pukul 3.20 pagi Sabtu.
Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kelindan lori simen itu dipercayai tercampak keluar dari lori tersebut.
"Dia bagaimanapun digilis sebuah lagi lori yang datang dari arah sama selepas merempuh lori simen itu sehingga menyebabkan tong gas bertaburan di atas jalan raya.
"Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam insiden itu," katanya
Jurucakap jabatan itu berkata, sebuah kereta Proton Exora yang mengikut rapat lori terbabit turut terbalik akibat hilang kawalan selepas merempuh tong gas yang bertaburan di atas jalan raya.
"Pemandu itu dihantar ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.