Vasanth Limbu, 30, sedang melakukan tugas menggunakan mesin pemotong kayu di kilang papan di Gemas apabila serpihan kayu tercucuk bahagian kepalanya kira-kira pukul 8.25 malam Isnin.
Walau bagaimanapun, kakitangan perubatan di sana terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membantu.
Pegawai operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Gemas, Kamarudin Salleh berkata anggotanya terpaksa memotong sebahagian daripada kayu yang tertonjol dengan berhati-hati sebelum menghantar Vasanth ke Hospital Segamat.
"Kami melakukan sedemikian untuk mengurangkan kesakitannya," katanya sambil menambah kayu itu mungkin telah tercucuk sedalam 30cm.