Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku di Km 80.0 di antara Kemayang-Triang, membabitkan satu daripada lapan gerabak tren yang membawa 200 penumpang itu.
"Tiada penumpang yang mengalami kecederaan dan kesemua 79 penumpang terbabit dipindahkan ke koc hadapan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyatakan tren meneruskan perjalanan selepas koc yang tergelincir dipotong.
Perkhidmatan Tren No. 26 - Ekspres Senandung Timuran (Woodlands-Tumpat) pula berakhir di Stesen Kuala Lipis dan penumpang meneruskan perjalanan menggunakan bas sehingga ke Stesen Gemas dan kembali menggunakan tren ke Stesen Woodlands.
Perkhidmatan Tren No. 91 - Shuttle (Woodlands-Tumpat) berakhir di Stesen Kuala Lipis manakala Tren No. 92 - Shuttle (Tumpat-Woodlands) pula berakhir di Stesen Gemas sahaja.
Menurut kenyataan itu pelanggan boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perkhidmatan yang terganggu atau menukar semula tarikh perjalanan.
Kerja-kerja baik pulih landasan sedang dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh 24 jam.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi KTMB Call Centre di 1300-88-5862.